Hikayat Merong Mahawangsa (2011) Review & Trailer




Sinopsis
Filem Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem epic berlatarbelakangkan kurun ke-2. Mengisahkan seorang nakhoda dan pahlawan bernama bernama Merong Mahawangsa. Kononnya Merong Mahawangsa berasal dari keturunan Iskandar Zulkarnain.

Pada tahun 120, Empayar Rom, yang pada waktu itu di bawah pemerintahan Hadrian dan Negara China, di bawah pemerintahan Dinasti Han merupakan empayar yang kuat dan telah meluaskan empayar jajahan sehingga ke Asia Tengah. Kedua-dua empayar ini ingin membina hubungan yang lebih rapat dengan mengahwinkan Putera Rom dan Puteri Dinasti Han. Kedua-dua empayar ini bersetuju untuk bertemu di Semenanjung Emas (Langkasuka). Tujuan cuma satu, melangsungkan perkahwinan Putera Rom dan Puteri Dinasti Han.

Sewaktu angkatan Rom dalam perjalanan ke Semenanjung Emas, mereka terpaksa singgah di Goa, kerana kapal mengalami kerosakan akibat ribut. Di Goa, mereka mencari kapal yang boleh disewa untuk pergi ke semenanjung emas. Walaubagaimanapun, mereka mengalami kesukaran untuk menyewa kapal kerana tidak mempunyai wang emas (Wang emas terpaksa dibuang ke laut sewaktu ribut melanda). Secara tidak sengaja, mereka telah bertemu dengan Merong Mahawangsa yang sedang bertarung dengan lelaki bangsawan kerana ingin melarikan anak gadis golongan bangsawan di Goa. Mereka telah memujuk Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom Ke Semenanjung Emas. Merong Mahawangsa bersetuju untuk mengiringi Putera Rom ke Semenanjung Emas.

Akhirnya, kedua-dua pihak berjaya bertemu di Semenanjung Emas (Langkasuka). Walaubagaimanapun, Puteri Dinasti Han merancang untuk melarikan diri kerana tidak mahu berkahwin. Sewaktu melarikan diri bersama dengan dayang pengiring, secara tidak sengaja dia telah bertembung dengan Putera Rom didalam hutan. Adakah Puteri Dinasti Han jatuh cinta?
Tanpa disedari oleh kedua-dua pihak, puak lanun Geruda merancang untuk menculik Puteri Dinasti Han. Puak lanun telah menyerang pelabuhan tempat kedua-dua pihak berlabuh. Puak lanun Geruda telah berjaya menculik Puteri Dinasti Han. Apa yang terjadi selepas itu?

Pelakon & Watak
Stephen Rahman Hughes (Merong Mahawangsa), Dato Haji Rahim Razali (Kesum), Ummi Nazeera (Embok, kekasih Merong Mahawangsa), Khir Rahman (Kamawas, Kapten Lanun), Jehan Miskin (Embi), Nell Ng (Ying Ying), Umie Aida (Lang, Ibu Merong), Mano Maniam (warga Goa), Maya Karin (Warga Goa), Jing Lusi (Meng Li Hua, Puteri China), Gavin Stenhouse (Marcus, Putera Rom), Craig Robert Fong (Liu Yun, Laksamana China), Eric Karl Henrik Norman (Lycius, Laksamana Rom), Keith Chong (Maharaja China), Deborah Henry (Yesoddhra), Wan Hanafi Su (Taji), Kuswadinata (Phra Ong, Raja ke-12 Langkasuka).

Info
Filem ini akan ditayangkan di 72 negara, menggunakan The Malay Chronicles: Bloodlines sebagai tajuk untuk pasaran antarabangsa.

Filem Hikayat Merong Mahawangsa merupakan Filem yang diadaptasi dari Buku Hikayat Merong Mahawangsa. Walaubagaimanapun, tidak semua cerita di dalam Buku Hikayat Merong Mahawangsa diambil.

Contohnya, Burung Geruda dalam buku tersebut ditukar kepada Puak Lanun Geruda. Selain itu, cerita tentang pertemuan Merong Mahawangsa dan Nabi Sulaiman a.s. juga tidak dimasukkan kedalam filem ini.

Trailer




Review

Kenapa anda perlu tengok filem ini:

1. Filem terbaik Malaysia dari segi CGI
2. Dialog yang mantap terutama bahasa kiasan dia
3. Lakonan yang mantap terutama dari Khir Rahman sebagai Kamawas
4. Filem Malaysia yang lain daripada yang lain. Bukan tipikal.
5. Babak pergaduhan yang awesome. Darah berterabur sana sini
6. Lakonan Ummi Nazeera sangat awesome walaupun keluar sekejap je.
7. Boleh belajar sejarah kerajaan Kedah.
8. Boleh buat anda menangis kalau anda seorang wanita yang over sensitif.
9. Skor muzik dia sangat best.

Kenapa anda TAK perlu tengok filem ini:

1. Kalau anda expect kualiti filem ini macam filem Gladiator.
2. Pertukaran babak ke babak yang dibuat macam nak tak nak.
3. Watak Puteri China sangat tak pandai berlakon.
4. Pelakon extra yang terlalu keding dan terlalu buncit dan tak pandai berlakon langsung.
5. CGI time babak Merong guna cermin agak kelakar.

Review By beutifulnara.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comentários:

Post a Comment

Followers

 
Copyright © 2020. Watch Unimited Movie - All Rights Reserved
Template Created by @moviechannel2u | Published By Limited Movie