Penyebab Keputihan Wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah. Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.
Faktor lain yang boleh menyebabkan keputihan adalah penyakit diabetes, kehamilan, penggunaan antihistamin, stres, menggunakan seluar dalam yang ketat sehingga menyebabkan keadaan lembab, serta bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam sabun mandi atau sabun pakaian.
Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja.
Antaranya;
~ Pastikan bahagian dalam celah peha anda dibersihkan dengan sempurna. Jika tidak, warna kulit bahagian dalam akan bertambah gelap.
~ Penggunaan tuala wanita dan panty liner boleh mengundang kehadiran kulat. Jadi, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan alat sulit anda.
~ Elakkan memakai seluar dalam yang terlalu ketat serta diperbuat daripada kain nilon.~ Kurangkan kekerapan pengambilan ubat antibiotik.
~ Jika boleh, hindari pengambilan pil perancang keluarga.
Mengatasi masalah Keputihan Wanita ini amat penting bagi semua wanita. Ia dapat membantu dari anda terdedah kepadanya dari peringkat awal lagi.
Disini Permata sediakan beberapa Tips bagi mengatasi Keputihan Wanita.
Tips Mengatasi Keputihan Wanita dengan menggunakan Daun Inai, Buah Temu Kunci & Tapak Sulaiman.
Cara-cara menyediakan ramuan mengatasi masalah keputihan:
1. Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman.
1. Sediakan beberapa helai daun inai, buah temu kunci dan tapak sulaiman.
2. Bersihkan bahan-bahan tersebut terlebih dulu.
3. Rebuslah kesemua bahan tadi hingga mendidih.
4. Setelah mendidih, tuangkan air tersebut ke dalam gelas dan biarkan ia seketika atau suam.
Kemudian, anda amalkan meminum air rebusan ni hanya sekali sehari. Ulangi meminumnya setiap hari sehingga masalah keputihan anda berjaya diatasi.
Tips Mengatasi Keputihan Wanita dengan menggunakan Pucuk Pegaga
Cara-cara menyediakan ramuan mengatasi masalah keputihan:
1. Ambil secekak pucuk pegaga sekali dengan akarnya dan bersihkannya.
2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama denganb2 gelas air bersih.
3. Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu.
4. Setelah mendidih, biarkannya sejuk dahulu.
5. Bila dah sejuk nanti, anda tapis air rebusan tadi.
6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
Amalkan kaedah ini sehinggalah masalah keputihan atau rasa gatal tu sembuh.
Ataupun anda boleh cuba cara seperti di bawah ini sebagai alternatif.
Tips Mengatasi Keputihan Wanita dengan menggunakan Daun Sirih
Cara-cara menyediakan ramuan mengatasi masalah keputihan:
1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
1. Ambil 12 helai daun sirih dan bersihkannya.
2. Kemudian, sediakan kira-kira 1 liter air suam.
3. Ramas kesemua daun sirih tadi bersama-sama dengan air suam.
4. Tapislah air tersebut.
5. Gunakan air tapisan itu untuk mencuci bahagian sulit anda.
6. Sebaik-baiknya bagi anda yang beragama Islam, berselawatlah ke atas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali sebelum mencuci bahagian tersebut.
7. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, cara ini dikatakan dapat merapatkan kembali bahagian sulit wanita.
Lakukan cara ini sehingga anda dapat mengatasi keputihan yang dialami.
Bagi wanita yang telah menghidap masalah Keputihan ini Permata ada menyediakan Tips bagi menghilangkannya dengan menggunakan Petua Tradisional.
Tips Menghilangkan Keputihan Wanita dengan menggunakan Kerak Nasi
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:
Langkah-langkah yang perlu anda lakukan ialah:
1. Panggang kerak nasi yang ada sampai hangus.
2. Kemudian, tumbukkan kerak nasi yang telah hangus tadi sehingga halus.
3. Sesudah itu, campurkan bahan di atas dengan sedikit air panas.
4. Kacau ia sampai sebati.
5. Minumlah air tersebut setiap hari sehinggalah anda bebas daripada sebarang masalah keputihan wanita.
Namun begitu, andainya anda masih menghadapi masalah keputihan berpanjangan, sila dapatkan pandangan dan Permata mengesyorkan anda mendapatkan nasihat dan rawatan doktor supaya tidak ada sebarang kesan sampingan di kemudian hari.
0 comentários:
Post a Comment