5 Barangan Mengancam Kesihatan Anda

Sedarkah anda bahawa bahaya yang mengancam kesihatan ternyata ada di dalam rumah Anda sendiri.  Permata dan siapa juga mungkin tidak sangka, barang-barang di rumah kita boleh menjadi sumber penyakit yang merbahaya bagi kesihatan. Malahan, juga boleh menyebabkan penghuni di dalam sebuah rumah itu diserang penyakit hingga mengakibatkan kematian.
Para ahli dari Barts and The London Hospital telah memperingatkan bahawa sekalipun di rumah, bukan bererti terlindung dari bakteria berbahaya. ‘Mereka‘ ada di mana-mana, di toilet, lantai, bantal, alas pemotong ikan/sayur, sikat rambut, dan di dalam alas kaki. Seperti yang dikutip dari Genius Beauty, berikut adalah 5 barangan tersebut.
1. Alas Kayu Memotong Sayur / Ikan
Hingga kini, barang ini masih menjadi barang yang selalu ada di dapur. Fungsinya sebagai alas disaat memotong bahan-bahan mentah untuk di masak. Menurut John Oxford, pensyarah dari Universiti London, sebuah kayu alas dapat menyimpan ribuan bakteria penyebab penyakit. Sisa potongan makanan yang terkedap dapat membuat kumpulan bakteria baru dan terkedap di dalam celahan kayu alas. Bakteria tersebut akan melekat di setiap bahan makanan yang kita potong.
2. Alas Plastik Memotong
Seringkali digunakan untuk mengganti alas kayu yang lebih tradisional. Tidak semua alas tersebut diperbuat dari plastik yang elok. Bahan plastik boleh menjadi berbahaya jika tidak sengaja bercampur pelbagai bahan kimia yang terdapat di dapur anda. Pilihlah produk alas plastik yang dijamin keselamatan plastiknya. Jika Anda tidak yakin, saat alas sudah terkelar walau sebahagian kecil sekalipun, lebih baik ganti dengan yang baru.
3. Berus Gigi
Peneliti dari Universiti Manchester menyatakan bahawa sebanyak 10 juta bakteria boleh terkumpul di berus gigi. Tidak hanya itu, virus penyakit juga boleh membiak di barang ini. Para peneliti menyarankan Anda untuk mengganti berus gigi 2-3 bulan sekali.
4. Tuala
Keadaannya lebih kurang sama dengan berus gigi. Dan untuk menghilangkan bakteria yang berkumpul di dalamnya, perlu pemanasan hingga 90 darjah celcius.
5. Bantal
Bakteria yang berkumpul pada bantal boleh menyebabkan gangguan pernafasan, gatal-gatal dan demam.Professor Jean Amberline, dari British Society for Allergy menyarankan untuk mengganti sarung bantal secara teratur, serta mengganti bantal setiap 2 tahun sekali.
Permata mengharapkan Anda semua dan Permata juga dapat berhati-hati dan peka dengan keadaan sekeliling. Kita semua harus tahu menjaga dan memerhatikan keadaan agar kesihatan diri dan keluarga terjamin sejahtera.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comentários:

Post a Comment

Followers

 
Copyright © 2020. Watch Unimited Movie - All Rights Reserved
Template Created by @moviechannel2u | Published By Limited Movie